Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Ikan Keli Percik

It's not that we don't like being good, we are just shy.
it's not that we don't want to help, but we are afraid.

Hari agak panas, matahari terik. Kalau Malaysia ada musim, barangkali ini lah musim panasnya. Matahari menyinari bumi penuh gersang. Kalau tak basah lencun baju, tak sah. Hari ni Raheem cuti, tapi lebih sibuk dari biasa. Banyak urusan rumah nak diselesaikan. Kemas rumah, cuci dapur, basuh motor, basuh baju dan lain-lain. Jam pukul 12 tengahari, dan Raheem telahpun pecahkan rekod mandi 3 kali dalam satu hari. Raheem tinggal seorang diri, tak berteman. Cuma kucingnya, Pok Lang jadi housemate, tu pun keluar pagi balik petang, mengalahkan tuan.

Tiba-tiba perut Raheem menyuarakan perasaannya, lapar! Diselongkarnya dapur, cari apa yang masih elok untuk dimakan.
"Alamak, makanan dah habis ni. Nak masak, malas. Isteri pun tak ada nak tolong masakkan, nak harapkan Pok Lang, makan tikus je la aku jawabnya," fikirnya.
Raheem menukar dari berkain pelikat, menyarung seluar. Dibetulkan sikit rambut serabainya, terus keluar untuk beli juadah. "Lama tak rasa masakan Kelantan, rindu pulak. Agak-agak kedai Wak bukak kot. Wuish kemaruk betul ni!" Anak kelahiran Kelantan itu terus memecut motor Honda Wave nya ke gerai Wak. Agak jauh, tapi berbaloi. Kedai kayu kecil tepi jalan besar, ada beberapa meja untuk jadi medan gosip pakcik-pakcik veteran, lauk-pauk tersusun panjang depan kedai. Sebab lapar, Raheem tak pandang kiri kanan, terus pilih lauk untuk dibungkus, makan di rumah. Baru nak naik motornya, Raheem nampak seorang pakcik tua sedang membelek-belek becanya, macam ada masalah. Agaknya becanya rosak. Orang-orang yang lalu, semua buat tak tau.

"Sekarang baru tengahari, beca pulak rosak. Allah...kesian pak cik tu, nak cari customer pun tak boleh kalau dah beca rosak. Kalau petang okay la lagi, tak la panas sangat, ini macam kena goreng" fikir Raheem.
 Tak jadi naik motor, Raheem letak lauknya dalam bakul motor, terus jumpa pakcik tua itu.
"Pakcik okay ke? Beca rosak eh? Nak saya tolong ke?" bertubi-tubi soalan Raheem.
"Tak apa lah nak, pakcik elok je. Masalah kecik je ni..." Raheem pandang saja muka pakcik itu.

Raheem pun pergi tinggalkan pakcik tu. Lima minit  kemudian Raheem datang semula, diberinya satu beg plastik berisi air teh o ais.
"Nah, ni untuk pakcik. Hari ni panas...saya belanja pakcik,"
Muka pakcik tadi berubah, daripada berkerut akibat silau matahari, terus senyum seolah-olah dah tak panas.
"Terima kasih, nak,"
"Eh, tak ada apa lah pakcik, moga pakcik dimurahkan rezeki, insyaAllah"
Raheem pun tinggalkan pakcik tu buat kali kedua. Baru hendak naik motornya, Raheem perasan ada beberapa orang yang berhenti dan hulurkan duit kepada pakcik itu, ada juga yang menolongnya membaiki becanya. Raheem perhatikan saja melalui side mirror motornya sebelum pecut pulang ke rumah.

"Agaknya, mungkin kalau aku tak bagi pakcik tadi air tu, orang lain tak nak tolong kot. Mungkin orang takut pakcik tu dari sindiket apa-apa, terus tak nak tolong. Mungkin  orang nak tolong pakcik tu, tapi malu kalau orang pandang. Mungkin...Kalau aku tak pilih nak pergi kedai Wak, tak dapat aku tolong pakcik tadi. Hikmah, hikmah. Ketentuan Allah, Yim" fikir Raheem sambil menjamah makanan yang dibelinya tadi di rumah. Dalam keasyikan berfikir, tau-tau ikan keli perciknya dah dicuri Pok Lang.
"Memang aku  beli tu sekor untuk kau sorang je pun." Geram.

"There is no such  thing as a small deed. A deed is a deed. Sometimes the smallest of deeds can make the biggest change. You never know, unless you do it."


Monday, August 12, 2013

Parut-parut di Hati Menyingkap Seribu Rahsia

"Only you can make yourself happy. Don't wait for someone to come into your life, or something to happen to make you happy."

Kan ku bawa cerita hati ini bersama,
biarlah tiada yang tahu,
ku silap kerana terlalu mengharap,
merindui kasih seorang insan,
sedang aku sendiri tidak mengasihi diri.
ku silap kerana terlalu mengharap,
ada yang kan hadir merungkai hati ini,
sedang Kau tetap di situ, tetap bersamaku,
hanya aku yang buta dari cintaMu.

Betapa aku buta,
jawapannya sudah di depan mata,
jawapannya dari azali denganMu,
tapi aku tetap membelakangiMu,
aku tetap mendustakanMu,
Kau tetapkanlah hatiku padaMu,
dan setiap satu yang bersamaMu,
bukan yang dibenci Kamu.
Kau tetapkanlah hatiku.

Izinkanlah aku bahgia denganMu.

Setiap langkah aku mendekatimu, aku cuba fahami di mana silapku. Hati aku tetap tak tenang, barangkali semua ini silap, semua ini salah. Kalau aku bisa tinggalkannya untuk kamu, apakah mustahil aku akan tinggalkan kau untuk yang lain? Cukuplah aku menyakiti yang lalu, ku tak sanggup menyakitimu.
Izinkan aku pergi. Ku hendak menuntut ilmu, mencari makna kehidupan. Anda masa masih ada, jodoh masih ada. Akan ku kembali. Cukuplah aku  sebagai kawan kepada dirimu.

-Addeen

Sunday, August 11, 2013

Kisah Anak Bongsu

Di sudut masjid Jami'ul Ihsan, Abdullah duduk menanti azan Asar, seluar bertukar kain pelikat senteng, kopiah sulam di kepala, mukanya tampak basah dengan air wudhu, titisan-titisan air mengalir dari pipinya jatuh bertakung di jambangnya. Fikirannya jauh melayang, penat melayan anak-anak saudaranya di rumah, hendak melarikan diri, masjid jadi tempat perlindungan. Almaklumlah, raya ni semua sepupu sepapat datang rumah, tradisi. Sambil berjalan hendak memasuki ruang solat, Abdullah ternampak seorang lelaki bersama gadis kecil, barangkali anak lelaki itu. "Agaknya, sebaya budak-budak kat rumah tu kot, tiga tahun setengah a.k.a zaman buas kanak-kanak," fikir Abdullah. Si kecil memakai tudung yang agaknya lebih sesuai untuk budak 7 tahun lebih tua. Tudungnya melitupi sampai ke pahanya. Kelakar pun ada, tapi kecomelannya lebih menyerlah.

Abdullah terhenti, mengamati senario di hadapannya. Lelaki itu melutut sebelah menghadap anaknya yang nampak agak sedih dengan sesuatu.

"Namain buaian..." perlahan suara si kecil.
"Nanti la..baba nak solat ni. Kita solat sama-sama dulu, nanti lepas solat, kita main eh?" balas bapanya lembut.
 Si kecil hanya merengek, mati akal tak tahu nak berunding dengan bapanya.
Tak ada sedikit pun keresahan atau rimas di muka bapanya. Dia hanya tersenyum, tenang melayan kerenah anaknya. Si kecil pula menghentak-hentak kaki manja, kerana bapanya tidak mahu temannya main. Matanya berkaca, tapi tak berbunyi rusuhan "tak macam budak-budak kecik kat rumah tu, silap hari, bukan takat mata diorang je berkaca, semua benda kaca pun pecah dibuatnya," Abdullah melayan fikirannya, tersengih seorang diri.

Si bapa bingkas bangun, memimpin tangan anak kecilnya yang pasrah, ke bahu masjid, bahagian solat yang terbuka berbanding ruang solat utama. Jauh ke tepi, risau anaknya kacau jemaah lain solat.

"Allahuakbar Allahuakbar!" azan Asar berkumandang, aku terkejut. "mak aih lama pulak aku khoya tadi, harap pak cik tadi tak perasan aku dok tengok dia dari tadi.." sambil berjalan ke saf hadapan untuk solat sunat rawatib. Selesai solat, terus Abdullah bangun, betulkan semua, kain pelikatnya yang senget bertambah senget, kopiahnya yang terangkat dibetulkan semula. Jemaah lain pun terus berdiri dalam saf, sedia untuk solat Asar, imam pun mencelah jauh dari belakang memotong terus sampai depan. Tersengih~

Selesai solat Asar, baru tenang sikit, lenguh-lenguh badan dari main kejar-kejar dengan budak-budak tadi pun dah hilang. Baru hendak bangun, ternampak pasangan anak-beranak tadi. Si bapa masih duduk berzikir, si kecil duduk di sebelahnya meninjau keadaan sekeliling, bertentang mata dengan pakcik-pakcik tua yang berlalu. Langsung tak mengganggu bapanya, cuma syok sendiri je. Abdullah bangun berjalan perlahan hendak pulang, singgah tandas dulu, niatnya melengah-lengahkan dirinya dari pulang ke rumah. Habis melabur, Abdullah terus keluar dari masjid, masuk kereta Viosnya.
Dihelanya nafas dalam-dalam, persiapan terakhir sebelum menyambung peperangan yang tertunggak. Sekali lagi ternampak lelaki tadi bersama anak kecilnya, kali ni di taman permainan kecil dalam pekarangan masjid. Lelaki itu meneman anaknya bermain setiap satu permainan di situ. Gelongsor, check. Tangga, check. Buaian, on the way. Nampak senyuman yang sama di wajah bapanya sewaktu dia melayan si kecil dalam masjid tadi. Anaknya ceria, gelak ketawa sambil bermain. Akhirnya tercapai hajatnya hendak bermain buaian, lagi-lagi diteman heronya.

Abdullah sering menyangka bapa-bapa seperti itu, yang macam ustaz, akan mengongkong hidup anaknya. Dia menyangka anak kepada bapa seperti itu tidak bebas. Rupanya mereka bahagia, barangkali lebih bahagia dari kehidupan Abdullah sewaktu dia kecil. Penuh kasih sayang. Abdullah hanya tersenyum, seribu satu perkara melingkari fikirannya. Dia terus menukar ke gear 'D' dan pandu keretanya pulang. "Apa aku mampu jadi bapa seperti itu? atau lebih baik dari tu?" Sekembalinya di rumah, keluarga Abdullah melihat satu sudut Abdullah yang jauh berbeza. Paling ketara, sifatnya bersama anak-anak saudaranya. Lebih peramah, lebih kebudak-budakan. "Aih tadi kata tak tahan dah dengan budak-budak tu, alih-alih kau balik, kau pulak macam budak. Kau ada singgah mana-mana beli cempedak goreng basi ke apa tadi?" tegur kakaknya, ibu kepada budak-budak itu sambil memerli Abdullah. Abdullah hanya tersenyum, "Ye la, satu hari nanti aku pulak jadi ayah, ni kira training la. Fail ni, fail la aku nanti bila sampai turn".
"Ye lah kau. Jangan buat anak aku menangis sudah."


Satu hari nanti, insyaAllah..

Wednesday, July 24, 2013

Hebatnya Seorang Mantan Kafir

Cintanya pada Islam tulus,
Kata-katanya penuh kerendahan diri,
Peribadinya lemah lembut,
Dakwahnya mengajar cinta Allah.

sorry sajak buruk, saya bukan penyair. Ahah

Mantan kafir aka Mualaf aka Saudara baru. Hebatnya bicara orang-orang ni, datangnya seorang mualaf ke masjid bukan sebagai sebarangan jemaah, tapi sebagai penceramah malam tu. Selesai solat isya', tok imam pun bermukadimah sambil-sambil perkenalkan penceramah jemputan masjid untuk tazkirah pendek (15 minit, memang pendek betullah). Dari saf belakang, dia lalu sampai ke depan, duduk dekat meja, dekat tangan dia ada satu file, satu lagi tangan dia pegang kitab kecik warna hitam. Dah duduk, dia mulakan tazkirah, sebijik macam ustaz-ustaz yang sebelum ni bagi ceramah dekat meja tu. Lebih kurang la, takde la sebijik,

Yang  hebatnya, tajuk tazkirahnya "Holy water", memang dia cerita pasal holy water la. Dari A-Z (kot) dia cerita. Mula-mula fikir jugak, "pelik betul, dia cerita pasal agama kristian dekat dalam masjid," dia cerita, macam mana hebatnya pendakwah kristian menarik orang masuk agama kristian. Memang kalau dengar dengan gelojoh, bunyi macam dia pun nak ajak orang masjid tu masuk kristian. Pelik, tengok tok imam duduk kat depan tu pun pelik. Haha

Satu ayat dia agak best "diorang (pendakwah kristian) target orang-orang yang tersisih, orang bermasalah, orang-orang muda yang pegangan agama dia lemah. Diorang layan orang-orang tu dengan penuh rasa hormat, walaupun orang tu tak percaya dengan agama diorang. Lemah lembut, sopan, menggalak orang untuk tengok lebih dekat kepercayaan diorang. Jadinya, orang tertarik dengan akhlak diorang dulu, bukan akidah atau amalan diorang. Kita ni, terbalik." (kata satu ayat, ni  dah satu perenggan. boleh la) oh ye, kitab yang dia pegang tu bukan terjemahan al-Qur'an, bukan kitab hadith, tapi kitab Bible. ye, Bible. Jangan merusuh. Tazkirah dia cakap pasal agama Kristian, tapi pengisian dia Islamik.

Hakikatnya memang macam tu, kita tak ada rasa nak tunjuk cantiknya agama Islam. Kita tau condemn semua yang kutuk Islam. Bila nak tegur saudara, kadang-kadang terselit rasa riak, rasa diri kita lagi bagus dari orang tu. Jadinya kata-kata kita pun ada unsur sombong. Kadang-kadang bila berdiskusi, lagi tinggi ilmu, lagi kasar peribadinya. Kita jarang sekali selami perasaan orang yang iman dia lemah, tolong orang yang ada masalah. Bila orang datang nak mengadu masalah dekat kita, "Ceritalah pada Allah, Allah maha Mengetahui." tapi  kita tak  pernah nak  ajar macam mana nak bukak cerita dengan Allah. Hamba Allah tu terpinga-pinga. Last-last dia blah je, cari orang lain. Peluang dakwah melepassss, kita yang rugi. I mean bukanlah statement tu salah, tapi sekurang-kurangnya kita tolonglah dia sebagai manusia, mesti ada sebab Allah temukan kita dengan orang tu.

Jadi apa hebatnya mantan kafir ni? Diorang asalnya jahil, tak kenal Islam. Bila dia tertanya-tanya apa tu Islam, dia kaji sendiri. Dari situ dia kenal Islam, dia belajar Islam TULEN, lalu dia kenal Allah, dia nampak rasa cantiknya Islam. Dia kenal dirinya yang dulu  macam mana, dia tau hala tuju  dia ke mana. Bicara dia bukan riak, sebab dia rasa dia masih  'baharu' dalam Islam. Dakwahnya feeling, sebab dia bukan mengkritik, tayang hebat, dia nak ajak orang kenal cinta Allah, macam mana dia kenal cinta Allah dulu. Peribadi orang-orang ni pun cantik. Sekarang reflek balik dekat diri kita yang dilahirkan Islam. Apa rasa? Aku rasa kecewa, sebab hidup punya lah lama dengan Islam, dari kecik dah belajar angkat takbir dalam solat, tapi  sampai ke hari ni masih tak dapat merasa ketenangan iman, masih tak kenal Rasul Allah SAW.

Kita bukan Clone trooper pendakwah, semua kerja tembak je, kena pun tidak. Kita manusia, ada hati, ada perasaan, and jangan kita pandang orang lain macam clone trooper jugak. Nak fahami hati manusia, kena jadi manusia dulu, ye tak?

saudara lama yang masih tercari-cari jalanNya,
Muhammad Hafidz Iddin

Saturday, July 20, 2013

A Wind of Change

Lima tahun dulu, aku jejak kaki ke sana untuk menawan puteri gunung ledang, kali ni aku ke sana untuk menawan menara gading! (ye ke?)

Ni dulu. Haha muka bajet matang lepas dah panjat gunung Ledang :p
Ni akan datang. mark September 2013 InsyaAllah. UTM mari!

Turns out blogging in English 100% is rather, boring. I mean, dull. Because I'm no master in English. So, kita guna bahasa kebangsaan je lah, sebab saya anak Malaysia. So aaanyways, insyaAllah  kalau tak ada aral melintang, diri ni akan melangkah jauh sikit (sikit je) untuk menuntut ilmu, tak lain tak bukan di UTM. Takde la jauh mana, tapi sebab dulu dekat Selangor, lepas ni Johor. In relative jauh la jugak bagi  anak mak sorang ni. Agak-agak boleh tak buat salam perantauan macam dalam suratkhabar tu? "Salam dari hujung Malaysia, Skudai, Johor" pastu letak gambar senyum kambing bersama rusa (ada taman rusa~). Silap hari kena pukui dengan orang rumah.

InsyaAllah, pasang niat kerana Allah, masuk sebagai pelajar, keluar sebagai manusia. Betul ke? Keluarnya jadi manusia yang bermanfaat, yang memanfaatkan orang lain.

"A life worth living is a life lived for others" means tak boleh kejar cita-cita sorang ja, kena pimpin tangan kawan-kawan sekali mengejar menara gading. Satu langkah kearah menjadi khalifah di bumi Allah. Yah!

Maybe I can find some adventure over there. It looks interesting, I mean in a sense that it's close to nature. which I love. Finally! And from the looks of it, tempat tu menitikberatkan nilai Islam. Good place to settle down. InsyaAllah. But alas, it is not the institute that defines us, be we ourselves. One cannot change and be changed, unless he wills for it, consciously or otherwise.

Anak Malaysia,
Hafidz Iddin